Trip percotian hujung tahun kali ni kami menghala ke Langkawi. Cuti sekolah, balik kampung dan jalan-jalan. All in one. Trip ke Langkawi ni pon tanpa dirancang. Alang-alang dah balik Aloq Setaq, teruih la lajak pi Langkawi. Kami pi hari Selasa, jadi tak ramai sangat orang. Mengikut informer di Kola Perlih, hari sebelumnya memang ramai sebab publilc holiday, Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.
Macam biasa, feri berduyun-duyun jugak orang. Kami sampai jeti dua jam awal sebab takut jem di kawasan jeti. Alhamdullillah, trafik terkawal. Tiket dah beli online pi balik. Kalau tiket nak beli di jeti agak susah sebab orang ramai dan hanya boleh beli one way. Masa masuk yang online naik di depan, yang manual masuk pintu belakang.
Nasib baik dalam feri dapat seat strategik, tepi tingkap. Jadi terkawal lah keadaan sepanjang sejam perjalanan. Masa ke Langkawi ada crew jual makanan ringan. Mahai la sikit. Air kota satu 2 hengget. Nasik lemak pon ada jugak. Tapi macam susah saja mau makan dengan keadaan agak sempit dalam feri tu.
Kereta sewa kami dapat Axia, baru pulak tu, plastik pon tak habis buang lagi. Kalau masa public holiday, kereta sewa sehari boleh jadi 130 - 150 sehari. Kalau normal time dalam 100 saja sehari.
Hotel pulak kami stay di Sandy Beach Resort. Kami book thru agoda saja. Risiko book agoda ni gambaq memang mengiurkan tapi realitinya hmm. Cuma bestnya Sandy Beach Resort ni banyak parking dan berdekatan dengan kedai runcit dan restoran. Breakfast pulak by the beach. Ada jugak bilik yang tepi pantai tapi dah habis. Kami dapat bilik yang seberang jalan. Nak ke pantai kena la ada aktiviti melintas jalan.
Pantai Cenang memang tidak pernah mengecewakan. Dengan view yang cantik dan pantai yang bersih. Mau tak bersih ada pekerja setiap pagi akan sapu dan buang sampah.
First day sampai sebenaqnya tak mau mandi lagi, nak jalan-jalan saja tapiii hmm janji tinggal janji. Bebudak kalau dah nampak air maunye mengota janji.
Habis bab mandi first day, confirm la semua kelaparan. Masa on da way dari jeti ke Pantai Cenang ada ternampak kedai Shell Out. Sebab kami pon tak penah lagi try Shell Out ni, makanya nak la try. Dari Cenang kami menghala ke Kuah balik untuk sesi dinner. Di kawasan Pekan Rabu, Kuah ada satu kedai Sheel Out. Terletak sebelah pharmacy. Penuh la pulak.
Jadinya, kami decide nak ke kedai Shell Out berdekatan Dataran Lang sana. Ada Restoran Chef Zack. Sebelah kedai ni ada jugak kedai beriyani bagi yang tak beropa nak gemor dengan Sea Shell ni. Konsep Sheel out dia agak menarik sebab ada pelbagai jenis masakan. Ada scallop masak cili, ketam black pepper, udang masak butter dengan sotog goreng tepung. Bagi bebudak kecik ada la sikit pedas. Terpaksa la order fries untuk my anak bujang sorang.
Bestnya makan kat Resto Chef Zack ni ialah kawasan dia lapang. Kalau bawak bebeudak tu memangn sesuai la sangat. Order pon cepat saja sampai. Parking pon banyak boleh masuk ke dalam. Kami parking kat luar saja sebelum jambatan masuk.
"Bilik yang serabut adalah tanda anda dalam percotian" - nonvespa