Thursday, December 29, 2016

Alor Setar Half Marathon 2017

AOR HM dah open for registration. Last year ada register tapi last minit tak dapat join sebab ada urusan lain. Untuk 2017, bagi yang berminat untuk berlari di utara tanah ayaq, boleh la pi register. Boleh register di https://mro.myraceonline.com/ashm17/registrations 
Ni gambaq route 2016.  Tak tau lagi samada route 2017 sama atau route baru. Ada 3 kategori ditawarkan. HM, 10K dan juga 5K. Di Kedah kalau event akan dibuat hari Sabtu dan bukannya Ahad macam di KL. Sebab di sana cuti hari Jumaat dan Sabtu. 


KL Tower Skydeck

The latest attraction di Menara KL. Bagi pemegang MyKad, harga untuk seorang RM75. Ni harga untuk ke Skydeck dan juga observation deck di bawahnya. 
Bagi yang gayat atau pon acrophobia, first rule ialah jangan tengok bawah walau pun itu yang first kita nak sangat buat. 
Ada dua skydeck, satu yang ada view KLCC dan satu lagi view Menara Maybank. Bagi yang view KLCC, ada seorang photographer bertugas. Nanti dah habis, terpulang sama ada kita nak beli atau tak gambar tersebut. Harga nya RM80 bagi satu set, ada dua keping gambar dan bersekali dengan soft copy. Boleh juga la kita mintak tolong abang photographer tu untuk ambilkan gambar kita kalau ada yang bawak camera sendiri atau pun hand phone. 
Oh ya satu lagi, hanya 3 orang dibenarkan untuk ada pada satu masa atas skydeck tu. For safety reason rasanya ni. Dan satu lagi kena buka kasut. Sebabnya ? ia kan kaca, mungkin tak nak bagi calar balar. 



Tuesday, December 20, 2016

JJCM Langkawi Part II: Edisi Laksa Ikan Sekoq

Hari kedua di Langkawi. Sesi pagi macam biasa breakfast, lepas tu bermandi manda. Inilah aktiviti wajib kalau ke Langkawi dan stay pulak area Pantai Cenang. Pagi sebelum breakfast sempat la jugak berlari sepanjang kawasan pantai. Dapat lah dalam 9km. Dari hujung ke hujung. Pagi pukul 7 masih tak ramai orang dan tak ramai yang jogging. Bila ada sorang dah start, ramai pulak yang berlari. Ok la, ada geng. 
 Breakfast di Sandy Beach Resort ni ala kadar saja. Ada nasi goreng yang dialternate dengan mee atau bihun atau kuay teow setiap hari. Ada la jugak bubur untuk kanak-kanak dengan roti. Yang bestnya lokasi breakfast tepi pantai.
 Aktiviti seterusnya ialah mencari makan tengahari. Seperti dipersetujui bersama. Kami nak try makan Laksa Ikan Sekoq yang dikatakan terkenal di Langkawi ni. Masa sampai salam pukul 1 tengahari, masih tak ramai, ada lagi meja kosong. Meja tepi laut pon ada, tapi kami duduk yang dekat dengan lari sebab angin kuat sangat kat tepi laut tu. Lagi pon senang nak bawak makanan ke meja. 
Jadi memang betul lah seperti telahan, memang sekoq ikan dibaginya. Ada jugak bihun dan mee sup, pasemboq dan kuay teow goreng. Bukan semua orang suka ke laksa ni kan.
Oh ya, lokasi Laksa Ikan Sekoq ni betul-betul sebelah airport Langkawi. Kalau dari Pantai Cenang straight saja menghala ke airport. Ada dua tiga kedai lain sepanjang jalan airport ni.
 Yang kedai kami singgah adalah kedai pertama kami nampak. Nampak saja terus berhenti. Malas mau ke depan lagi.



Monday, December 19, 2016

JJCM Langkawi Part I

Trip percotian hujung tahun kali ni kami menghala ke Langkawi. Cuti sekolah, balik kampung dan jalan-jalan. All in one. Trip ke Langkawi ni pon tanpa dirancang. Alang-alang dah balik Aloq Setaq, teruih la lajak pi Langkawi. Kami pi hari Selasa, jadi tak ramai sangat orang. Mengikut informer di Kola Perlih, hari sebelumnya memang ramai sebab publilc holiday, Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. 
Macam biasa, feri berduyun-duyun jugak orang. Kami sampai jeti dua jam awal sebab takut jem di kawasan jeti. Alhamdullillah, trafik terkawal. Tiket dah beli online pi balik. Kalau tiket nak beli di jeti agak susah sebab orang ramai dan hanya boleh beli one way. Masa masuk yang online naik di depan, yang manual masuk pintu belakang. 
Nasib baik dalam feri dapat seat strategik, tepi tingkap. Jadi terkawal lah keadaan sepanjang sejam perjalanan. Masa ke Langkawi ada crew jual makanan ringan. Mahai la sikit. Air kota satu 2 hengget. Nasik lemak pon ada jugak. Tapi macam susah saja mau makan dengan keadaan agak sempit dalam feri tu. 
 Kereta sewa kami dapat Axia, baru pulak tu, plastik pon tak habis buang lagi. Kalau masa public holiday, kereta sewa sehari boleh jadi 130 - 150 sehari. Kalau normal time dalam 100 saja sehari. 
Hotel pulak kami stay di Sandy Beach Resort. Kami book thru agoda saja. Risiko book agoda ni gambaq memang mengiurkan tapi realitinya hmm. Cuma bestnya Sandy Beach Resort ni banyak parking dan berdekatan dengan kedai runcit dan restoran. Breakfast pulak by the beach. Ada jugak bilik yang tepi pantai tapi dah habis. Kami dapat bilik yang seberang jalan. Nak ke pantai kena la ada aktiviti melintas jalan. 
 Pantai Cenang memang tidak pernah mengecewakan. Dengan view yang cantik dan pantai yang bersih. Mau tak bersih ada pekerja setiap pagi akan sapu dan buang sampah. 
 First day sampai sebenaqnya tak mau mandi lagi, nak jalan-jalan saja tapiii hmm janji tinggal janji. Bebudak kalau dah nampak air maunye mengota janji.

 Habis bab mandi first day, confirm la semua kelaparan. Masa on da way dari jeti ke Pantai Cenang ada ternampak kedai Shell Out. Sebab kami pon tak penah lagi try Shell Out ni, makanya nak la try. Dari Cenang kami menghala ke Kuah balik untuk sesi dinner. Di kawasan Pekan Rabu, Kuah ada satu kedai Sheel Out. Terletak sebelah pharmacy. Penuh la pulak. 
Jadinya, kami decide nak ke kedai Shell Out berdekatan Dataran Lang sana. Ada Restoran Chef Zack. Sebelah kedai ni ada jugak kedai beriyani bagi yang tak beropa nak gemor dengan Sea Shell ni. Konsep Sheel out dia agak menarik sebab ada pelbagai jenis masakan. Ada scallop masak cili, ketam black pepper, udang masak butter dengan sotog goreng tepung. Bagi bebudak kecik ada la sikit pedas. Terpaksa la order fries untuk my anak bujang sorang. 
Bestnya makan kat Resto Chef Zack ni ialah kawasan dia lapang. Kalau bawak bebeudak tu memangn sesuai la sangat. Order pon cepat saja sampai. Parking pon banyak boleh masuk ke dalam. Kami parking kat luar saja sebelum jambatan masuk. 


 "Bilik yang serabut adalah tanda anda dalam percotian" - nonvespa

Daulat Tuanku


Seingat-ingat saya, dah 5 YDA bertukar. Yang sebelum tu dah berapa nak ingat sebab masih di bangku sekolah. Lagi pon dulu-dulu kurang pendedahan kepada suratkhabar dan berita. Tau main saja ^_^. 


Thursday, December 08, 2016

King of Bukit Larut 2017


Antara targeted event jugak next year ^_^ King of Bukit Larut nama diberi. Ada 3 jarak diberi. Jadi sila la pilih mana yang berkenan.

Oh ya .. Januari 2017 baru registration akan dibukak.

Wednesday, December 07, 2016

Standard Chartered KL Marathon 2017; Pre-Registration

Warm greetings from all of us at Dirigo Events Sdn Bhd!
Once again, the Standard Chartered KL Marathon 2017 is upon us and as usual, it would not be possible without Title Sponsor, Standard Chartered Bank. The event is in its 9th year and is scheduled for Sunday, 21 May 2017 at the historic Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
We are also delighted that Seiko and Pacific Regency are returning as our official sponsors and we are grateful to their continued support of the race. This time around though, we are proud to announce Brooks and Lucozade as official apparel & hydration partners respectively. Welcome aboard and we look forward to a fruitful relationship!
For the 2017 edition of the marathon, we want to acknowledge the sterling support of our past runners so we are introducing pre-registrations exclusively for 2016’s individual participants, including for Run For A Reason participants. Year after year we are bowled over by the tremendous support and enthusiasm of our past runners, and this is our way of saying thank you and we look forward to seeing you again!
The Standard Chartered KL Marathon 2017 will be open for pre-registrations on Wednesday, 7 December 2016 at 10.00am and closes on midnight, 31 December 2016. Visit www.kl-marathon.com to book your slot!
Registrations will be open to the public on Monday, 16 January 2017.
Info taken from http://www.kl-marathon.com. 
So, wait no more, please register to avoid any disappointment. Among the best marathon event in Malaysia. 
Next year the event will commence on 21 May 2017. 

Monday, December 05, 2016

Ice-Watch Light Up The Night Run

 Date : 3 December 2016 (Saturday)
Time : 8.00 pm
Venue : Plaza Shah Alam
Distance : 5 & 10K
 First time join event ni. Last year tak join sebab kemalasan melanda. Second edition this year, tahun lepas first time event ni diadakan. Lokasi berlangsung event ni di Plaza Shah Alam, Shah Alam sana. Bak member kata, tetiba je meriah plaza ni dengan orang ramai. Selalunya lesu tak de orang. 
Jadinya hari kejadian, sebab start pukul 8mlm tak nak la pi awai sangat. Pukul 530 ptg baru gerak dari KL. Sejam jugak la nak sampai Plaza Shah Alam ni. Sampai je, alamak dah ramai orang, pusing dua kali parking sudah penuh daa. Parking dalam Plaza Shah Alam dah kena block oleh security. Runners dah tak boleh masuk kecuali customer yang tak terlibat dengan larian. Terpaksa la park area SMK Sekyen 9 di Jalan Tunku Ampuan Rahimah sana. 
 Meriahnya larian ni ialah para runners masa registration boleh pilih baju kaler apa yang berkenan. Ada 6 kaler i.e. biru, kuning, hijau, purple, pink dan oren. Sama macam kaler medal jugak, very the colourful.  Selain tu jugak , bagi runner yang bertuah akan dapat jam free dan boleh redeem masa collect bib. Yang dak bertuah dapat jugak. Dapat diskaun untuk beli jam ice watch. Dari Harga 699, dapat beli dengan harga 99 hengget je.  
 Yang bestnya jugak walau jarak 10K saja, tapi pacer ada jugak disediakan. Ada dari pace 5.30 per KM hinggalah ke pace 7.30 per km. Ikut la mana yang mampu. Pacer jugak very supportive untuk event ni. Selain maintain pace, ada jugak kata-kata semangat diberikan sepanjang larian.
 Macam mana dengan route pulak?  Event yang sepatutnya start pukul 8.00 malam bagi kategori 10k terpaksa dilewatkan 10 minit sebab polis belum bagi kebenaran lagi. Kena tunggu dalam 10 minit untuk clearkan jalan daripada kenderaan. Route senang saja, pegi 5 balik 5. Route yang sama. Dari Plaza Shah Alam keluar terus ikut Persiaran Kayangan hinggalah ke traffic light Jalan Liku 8/1. Dari situ akan straight sehingga jarak 5 km di Jalan Bukit Cerakah dan u-turn balik ke Plaza Shah Alam. Traffik kontrol agak terkawal. 
 Route agak berbukit la. Tapi sikit saja la bukitnya tu. Bukit manja saja. More to fun run la event ni. Untuk kategori 5K pulak sama saja route nya. Bezanya akan start 15 minit lambat. Kategori 5k akan u-turn di jarak 2.5K.
 So moga ketemu lagi #IWLUTNR16 next year.

Friday, December 02, 2016

Welcome 2017

 Just around the corner, ya just aorund the corner sana. 2017 sikit lagi saja nak menjelma. Sempena 2017 ni saya berazam nak lagi gigih berlari di tahun depan ^_^. Azam kena ada kan. So nak bagi menguatkan lagi azam tahun depan, dah terbeli kalendar untuk 2017. Kalender untuk para pelari. Sebab ada future event dalam kalendar untuk sepanjang tahun. Jadi boleh la merefer kat dalam tu. Kalau tak ada, boleh la tuliskan sendiri. 
 Mana dapat ? Beli online saja kalender ni di http://www.marathonbaker.com ... Kalau berminat pi la cari sana. Kalendar ni sampingan saja. Main bisnesnya ialah energy bar. Sesuai untuk sebarang aktiviti energy barnya tu. 

Thursday, December 01, 2016

UPM Unifarm Run

When : 6 November 2016
Where : Stadium UPM
Distance : 10K
First time join event ni tapi bukan first time lari di sini ... dulu pernah lari Mizuno Run. Kalau ikut pengalaman berlari di UPM memang menarik. Lebih-lebih lagi kalau berlari bertemakan Farm and Animal ni. 
So as usual .. merempit saja ke UPM sebab malas nak bersusah dengan parking kalau naik kereta. Naik moto boleh je parking sedekat yang mungkin. 
So kalau lari di Ladang UPM ni apa yang kita dapat? Antaranya ialah taik lembu. Ya ^_^ ini diberi percuma (FOC). Nama pon ladang kan. So semua pelari kena la pandai-pandai mengelak jerangkap samar yang banyak di UPM ni. So satu lagi nasihat kalau untuk event di ladang UPM ni jangan la pakai kasut baru atau kasut kesayangan. Memang kasut akan bertukar warna di akhir event. 
Bagi yang suka phothography . event ni sangat sesuwai dengan jiwa mereka. Banyak tempat yang menarik utk dicapture. Saya je tak berapa nak pandai. Pakai phone je.