Larian Kuala Kangsar atau nama sebenaqnya ialah Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah ... larian 2012 dibatalkan disebabkan kemangkatan Raja Kecil Sulung Perak, Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah .... jadi tahun ni ramai la runners yang join .....
macam tahun 2011 juga ... time tu pi sorang saja event ni .. tahun ni bawak satu famili ke Kole Kangsar ... oh ya macam 2011 .. tahun ni Raja Dr. Nazrin Shah yang melepaskan semua runners ... ada beberapa kategori ... 15 k, 11 k dengan 3 k ... 11k lebih kepada students sekitaq kuala kangsar ni ... bagi 15k event start pukul 6.45 pagi .... (rasanya start 5 minit lambat)
walau pon jauh ke kuala kangsar sana nun .. tapi ramai familiar faces kat sini ... rasa macam lari kat KL saja ni ... kalau route 2011 start dari padang di hadapan SMK Clifford dan menghala ke Jambatan Labu Sayong (sebab ada replika Labu Sayong besaq kat sini) ... tahun ni dia punya route reverse pulak ...
untuk route 2013 akan lalu depan The Store kemudian ke kawasan Masjid Ubudiah dan Istan Iskandariah ... maknanya kena mendaki dulu la .. lepas tu baru layan Jambatan ...
bagi setiap water station akan ada satu pasukan main alat muzik tradisional macam rebana, gendang tarian naga dan tabla ... ni semua nak motivate runners bagi lari laju sikit ....
tahun ni sebab route reverse ... masa di KM9 ke KM11 akan lalu di sepanjang Persiaran Sayong .. lalu di sepanjang Sungai Perak sebelum patah balik ke Jambatan untuk ke finishing line ....
bestnya lari kat sini dia punya scenic view memang lawa dan cantik ... tak de stress ... lari sambil menikmati alam sekeliling ....
selepas habis larian ada jugak pertunjukan kebudayaan macam nyanyian dan tarian tradisi , pertunjukan tarian singa dan last sekali penyampaian hadiah la .. Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Tuanku Zara berkenan menyampaikan hadiah kepada runners yang laju2 belaka
selain murah join event ni ... goodies jugak menarik .. dapat 2 helai T-Shirt dan medal yang sebesaq I-Phone ... kalau 2011 medal agak comel bentul labu sayong .. nah tahun ni ambik .. besaq sungguh ....
tahun depan kalau tiada aral melintang kat tengah jalan mungkin join lagi la ... oh ya satu lagi info .. kalau masa 2011 stay kat Kangsar Hotel .. tahun ni try Seri Kangsar Hotel pulak .. kat Kuala ni tak banyak sangat hotel ... senang nak cari ... Kangsar Hotel dengan Seri Kangsar ni under satu wing rasanya ... sebab bawak family makanya ambik bilik deluxe .. murah je 99 hengget semalam .... 1 queen bed and 1 single beb ...