Thursday, May 09, 2013

Happy Birthday ApiqApan

 Happy birthday yang ke2 tahun untuk Rafiq Zharfan atau panggilan daripada Kakyong ... ApiqApan ... kejap saja dah 2 tahun .. dok teringat lagi masa mula-mula lahir 2.7 kilo je .. jadi sempena birthday ke2 ni buat secara kecil-kecilan saja di Sungai Kerawai ... ni pon dah postpone seminggu dari tarikh asal ... buat malam sebelum GE13 .. sebabnya semua sedara pon ada balik kampung ... senang sikit 
 ada la sikit potong kek dengan BBQ ... ni kira majlis sambut GE13 jugak la 
 ApiqApan agak beza dengan KakYong .. semua beza la senang cerita ... KakYong hisap poting dia hisap jari , Kakyong takut air dia belasah saja ... Kakyong tak suka memanjat (kurang memanjat) dia sangat suka .. bak kata orang la lain anak lain perangainya ...
 walau dah 2 tahun .. tantrumnya masih ada .. buat helikopter kat public adalah perkara biasa ... baring di mana saja tanpa mengikut keadaan juga adalah biasa 
 apa-apa pon semoga menjadi anak yang soleh dan sihat sentiasa .... 

BBQ ala kadar .....

No comments: