Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan ...

Tup tup dah 52 tahun Malaysia merdeka ... masih aman damai negara tercinta ni ... tapi seperti biasa ada jugak pihak-pihak yang tak puas hati ... mana ada negara dan pemerintahan yang "perfect" kan ... sekurang-kurangnya kita rakyat Malaysia masih berpeluang mencari rezeki dan dapat mengamalkan ajaran agama masing-masing ...

Apa yang kita tahu pasal merdeka ni ... salah satu cara kalau nak tau ialah melalui pembacaan ... dulu masa sekolah memang kena dipaksa membaca ... sekurang-kurangnya walaupun dipaksa ... kita tahulah juga asal usul macam mana negara kita mencapai kemerdekaan ...

Salam Kemerdekaan juga buat perajurit-perajurit Negara yang bermandikan keringat dan mempertaruhkan nyawa demi negara ...


.. teringat lagu Sudirman setiap kali ulangtahun keMerdekaan disambut ... ^_^

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Ini ...

Salam Ramadhan semua ....

walaupun agak terlambat nak mengucapkan selamat berpuasa .... puasa tahun ini agak berbeza kerana tahun lepas berdua tapi tahun ni bertiga ... walau yang seorang lagi still in the womb ... walau pun kat dalam perut si kecil berpuasa juga sebab ibunya nak juga berpuasa ... tak larat nak ganti katanya ... kehadiran si kecil ramadhan ni kiranya hadiah raya la jugak

bulan puasa ni macam biasa la selain bazaar ramadhan, terawih, moreh, trafik jem luar biasa punya dan yang semua orang tunggu ialah pesta buffet di hotel-hotel .... harga kira mahal la jugak walaupun statement standardnya ... "kami sediakan bermacam-macam juadah" ... "colourful lagi" ... lagi satu status halal pun kena diambil kira jugak

cuma satu yang tak berapa bestnya ... lagu-lagu raya dah dimainkan ... ni memang tak best ... belom seminggu puasa dah pasang lagu raya ... tak feel langsung .... kalau nak buat untung pun kena la jaga jugak sensitiviti orang kan ... bulan puasa ni jugak teringat family kat kampung ... dapat call je tak dapat balik tahun ni ... tak dapat nak berbuka bersama-sama .... bukan makanan tapi yang penting dapat bersama family berbuka sekali satu amalan yang perlu dikekalkan sekiranya berkesempatan ..

Harap-harap puasa kali ni kita semua akan beroleh keberkatan dunia dan akhirat .... Amin ^_^