Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Ini ...

Salam Ramadhan semua ....

walaupun agak terlambat nak mengucapkan selamat berpuasa .... puasa tahun ini agak berbeza kerana tahun lepas berdua tapi tahun ni bertiga ... walau yang seorang lagi still in the womb ... walau pun kat dalam perut si kecil berpuasa juga sebab ibunya nak juga berpuasa ... tak larat nak ganti katanya ... kehadiran si kecil ramadhan ni kiranya hadiah raya la jugak

bulan puasa ni macam biasa la selain bazaar ramadhan, terawih, moreh, trafik jem luar biasa punya dan yang semua orang tunggu ialah pesta buffet di hotel-hotel .... harga kira mahal la jugak walaupun statement standardnya ... "kami sediakan bermacam-macam juadah" ... "colourful lagi" ... lagi satu status halal pun kena diambil kira jugak

cuma satu yang tak berapa bestnya ... lagu-lagu raya dah dimainkan ... ni memang tak best ... belom seminggu puasa dah pasang lagu raya ... tak feel langsung .... kalau nak buat untung pun kena la jaga jugak sensitiviti orang kan ... bulan puasa ni jugak teringat family kat kampung ... dapat call je tak dapat balik tahun ni ... tak dapat nak berbuka bersama-sama .... bukan makanan tapi yang penting dapat bersama family berbuka sekali satu amalan yang perlu dikekalkan sekiranya berkesempatan ..

Harap-harap puasa kali ni kita semua akan beroleh keberkatan dunia dan akhirat .... Amin ^_^

No comments: