Thursday, March 23, 2017

Alor Setar HM 2017

Event : Alor Setar Half Marathon
Date : 18 March 2017 (Sabtu), Ahad hari bekerja di Kedah
Time : 5:00am for HM, 6:30am utk 10K and 5K selepasnya
REPC : LG Aman Sentral
Start dan Finish : Depan Aman Sentral dan Alor Setar Tower
Ahkirnya dapat juga berlari HM di bumi Aloq Setaq. Last year ada register tapi tak dapat berlari sebab kena bertugas di luar kawasan. Jadi tahun ni bersekali dengan cuti sekolah dan tiada sebarang kejadian yang mendesak, dapat lah jugak pertama kali berlari HM di Aloq Setaq. Kalau di Kedah HM yang kedua selepas Sungai Petani HM. 
Di Kedah kalau event berlari akan dibuat pada hari Sabtu sebab hari Ahad adalah hari bekerja. Perancangan nak balik awal iaitu hari Khamis, tapi anak ada exam pulak hingga Jumaat. Makanya petang jumaat la baru nak bertolak ke Aloq Setaq. Jem la pulak Jumaatnya tu seperti biasa. Pukul 1:00 pagi baru sampai rumah. Dapat la tidur 2 jam sebelum event bermula. Kategori HM startnya pukul 5:00 pagi. 
Bagi larian ni, berjaya merasuk 2 orang adik untuk turut berlari. Cumanya depa berlari jarak 10K saja. Ok la tu as a beginner. Nanti kita increase jaraknya. Rumah di Aloq Setaq tak jauh dari Aman Sentral. Jadi lepas tidoq 2 jam, bangun pukul 4 dan bersiap ala kadar terus ke Aman Sentral pukul 4:30 pagi. Pagi tak dak la nak jem ke apa ke. Masa on the way, nampak kon sepanjang jalan dari Giant menghala ke Stadium DA. Nampak la marker 18. 19 dengan 20 K di situ. 
Parking ??? Masa sampai di Aman Sentral, tgk ramai yang dah sampai. Banyak yang parking berhampiran Menara Aloq Setaq. Free parking situ cuma sapa cepat dia dapat la. Parking yang tak free ada banyak di kawasan C-Mart bersebelahan Menara Alor Setaq. 2 ringgit saja parking nya dari pukul 4:30pagi sampai la 10:30pagi sepanjang parking kat situ. 
Bagi HM, tepat pukul 5 pelari semua dilepaskan. Untuk warm-up ada zumba disediakan. Disebabkan berlari di hometown, jadi dah memang familiarlah dengan routenya HM ni. For Muslim, bagi yang paste 8:30 mcm saya ni, masuk waktu subuh betul-betul sampai di Masjid An Najjah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Jadi, bolehla stop solat subuh dulu. 
Bestnya lagi berlari HM di Aloq Setaq ni ialah start awal pukul 5:00 pagi, jadi tak panas dan kereta masih tak banyak di waktu itu. Water station sangat mencukupi. Marker di setiap KM disediakan. Kawalan lalu lintas juga terbaik oleh pihak keselamatan. Baju pon menarik bagi edisi 2017, kaler kebanggaan rakyat Kedah "Hijau Kuning". Dari segi safety jugak memang bagus sebab boleh nampak dari jauh. 
Lagi satu yang best berlari tahun ni ialah bunga Tecoma dengan Sakura tengah berbunga di Alor Setar. Penuh atas pokok dan bawah pokok dengan bunga warna warni. Sepanjang jalan boleh menikmati keindahan ni. Untuk yang masuk kategori 10K ada routenya sendiri. Langsung tak campur dengan kategori HM. Ini memudahkan kawalan trafik oleh polis. 
 Last but not least, bak kata orang putih, medal kali ni memang terbaik. 3D designnya dan sangat comel ^_^


Moga ketemu lagi di Alor Setar Half Marathon 2018.

Wednesday, March 15, 2017

Pahang International Marathon

 Date : 12 March 2017
Venue : Taman Gelora Kuantan (menghala ke Pantai TC)
Time Start : 3:00 am for FM
RPEC : Hotel Zenith
 Ke Kuantan pulak kita kali ni. Ini larian kedua di bumi Kuantan. Kalau dulu 10K saja, sekarang kita try lari FM pulak. Disebabkan pergi solo, jadinya naik peTBC ke TBK. Mode transport di Kuantan pulak ambil kereta sewa. Kalau berminat nak menyewa boleh cari disini http://www.greenmatrixcarrental.com/
 Cuma nak listkan Pro and Con penganjuran FM pertama di Pahang ni.

Pro

  • RPEC memuaskan dan tempat senang dicari
  • FM kategori start ontime
  • Water station sangat mencukupi .. rasanya setiap 2KM ada satu 
  • Trafik control yg baik ... tq to abang2 dan kakak2 Rela 
  • Parking di Taman Gelora yang mencukupi
Con
  • Route sangat dekat dengan trafik yg laju walau pada pkl 3 pagi
  • Route yang terlalu straight .. arghh mental lo 
  • Tiada portable toilet di sepanjang route 
  • Ada roti di water station .. the very tak lalu one mau makan 
  • Tak ramai penyertaan bg kategori FM 












Moga ketemu di PIM 2018

Friday, March 03, 2017

Shah Alam Half Marathon 2017

 Event : Shah Alam Half Marathon
Date : 26 February 2017 (Sunday)
Time : 12.30am
Venue : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
RPEC : Da Men Mall, Persiaran Kewajipan Subang Jaya
 Satu-satunya event di bulan February. Shah Alam Half Marathon. Ada 2 kategori saja dipertandingkan iaitu HM dan 10K. Bib kena ambik jauh dari tempat berlangsungnya larian. Kena ambik di Da Men Mall di Persiaran Kewajipan sana. Nasib baik ada waze, sampai la jugak. Masa sampai mall tu cuaca dah mendung. Lepas ambik bib dan late lunch di food court yg mahal, hujan turun mencurah-curah. 
 Tahun lepas ada register jugak event ni tapi tak berlari sebab gigi sakit akibat tampalan di siang hari sebelum event. Jadi untuk tahun ni, kalau ada event, elakkan dari tampal gigi 2 atau 3 hari sebelum event. Kalau tahun lepas stay di Hotel Bluewave, tahun ni ambik tempat lain pulak iaitu di Intekma Resort. Kalau ikutkan harga, Intekma lagi murah tapi dari segi kualiti Bluewaze la mendahului. Kalau dari segi jarak, Intekma dalam 2KM dari Dataran Kemerdekaan. Bluewaze pulak, 200 meter je. 
 Disebabkan event start pukul 1230am bagi kategori Half Marathon, jadinya dalam pukul 1130 malam baru keluar dari Intekma Resort. Dekat saja ke Dataran Shah Alam. Sebelum event, macam biasa berjumpa dengan kawan-kawan sepelarian. 
 Yang bestnya event tahun ni, bila dah ready nak berlari dalam pukul 1225 am, hujan mula rintik-rintik. Alamak, baju hujan segera ada beli tadi di Da Men Mall, tapi tak bawak la pulak sebab tengok macam cuaca dah okay. Bila kategori half dilepaskan saja, hujan mula turun dengan lobatnya. Dalam hujan la semua berlari tahun ni. 
 Dari segi route, memang dah difahami la area Shah Alam ni agak berbukit. Jadinya ada la 2 ke 3 bukit nak kena mendaki. Roundabaout pon boleh tahan banyaknya di Shah Alam ni. Dari segi water station, sangat-sangat mencukupi. 
 So tahun depan kita jumpa lagi untuk Shah Alam Half Marathon 2018.