Wednesday, November 23, 2016

Larian Gegar 2016

 Event : Larian Gegar
Date : 20 November 2016
Where : UM Arena Universiti Malaya
Distance : 10 & 5 KM
 Kalau tak silap emcee ada cakap ni penganjuran kali ke-5 Larian Gegar. Dah banyak kali ropenya Larian Gegar ni. Dengaq jugak emcee dok membebel, last year dia join sebagai runner, tahun ni kena jadi emcee pulak. 
 Bezanya penganjuran tahun ni ada sekali dengan nak buat rekod. Rekod pelari terbanyak lari sambil pakai kain batik atau pon kain pulikat. Ingat senang ka nak lari pakai kain ni.
 Bagi mana-mana event lari sekali pon, kategori paling jauh akan dilepaskan dulu. Jadinya geng 10KM dilepaskan dulu diikuti 15 minit kemudian kategori 5KM. Macam kebiasaan kalau event di UM ni, sure kena lari bukit aka Bukit Cinta. Memang bercinta la nak lepaih bukit ni. 
 So macam biasa jugak, bagi pelari slow motion mcm kami ni, wefie atau selfie la kemuncaknya. Sempat jugak berselfie di puncak Bukit Cinta di mana banyak yang dah Walking Dead time ni.
bagi kategori 10KM, kena u-turn di Komplek Renang dan patah balik ke UM Arena. Yg kategori 5KM, tak payah u-turn sebab 1 loop dah cukup, terus habis larian di UM Arena aka kawasan stadium. 

 so mcm biasa lepas habis larian, lepaking dengan member-member yang turut join event ni. Sambil makan pisang dan dengaq emcee bercakap ^_^

ni event last bg tahun ni ... bagi bulan ni di tahun ni ... ada lagi 2 event last for 2016.

No comments: