Sunday, February 27, 2011

Laporan Larian Bandaraya Aloq Setaq

starting gantry yang berbelon-belon ... pukul 8 baru pelari-pelari dilepaskan oleh dato' bandar alor setar ...
antara hadiah untuk cabutan bertuah ... nampaknya tak berapa bertuah ...
disebabkan tempat berlepas yang terlampau comel ... maka ada yang terpaksa berlepas di bahagian luar kawasan berlepas ...
ni selepas penat berlari ... ada yang lari 3K, ada 5K dan paling jauh 10K ...
pihak urusetia yang sungguh sibuk ....
ni baru nk masuk ke bhgn reportnya ... dalam form Larian bandaraya Alor Setar tulis pkl 6:30 pagi kena berkumpul kat Stadium Darul Aman... musykil jugak pkl brapa sebenaqnya start larian ni ... pkl 6:45 dh tercongok kt stadium ... ropanya pkl 8:00 pagi baru start ... rasanya yang start lambat sebab PA system tak sampai-sampai walau dh pukul 7 ... last-last kena pinjam kat salah satu penaja ... PA system mmg tersangat ptg ... kalau suara senyaring Ning Baizura boleh la nk menjerit kalau nak..

tak ramai yang join larian ni ... ada la dalam 200++ ... bebudak sekolah yang tolong meramaikan majlis ... seperti biasa ni sure kes kena paksa dgn cikgu ni ... larian ni bermula dan tamat di perkarangan Stadium Hijau Kuning aka Stadium Darul Aman ...

ingatkan pkl 7 larian akan dimulakan .. reropanya pukul 8 .. seperti biasa ada taklimat sebelum larian dan sesi warm-up ... semua peserta dilepaskan oleh dato' bandar alor setar ... ikut kategori .. lelaki dulu lepas tu baru kategori wanita ... bukan ladies first ker he he ... seperti biasa dato' bandar tembak je pistol menonong bebudak sekolah yang kt depan semua lari .. dah macam masuk 100 meter lagi dah ... bukan nye dekat ada yang 3K, 5K dengan 10K .. kalau pecut awal-awal macam tu alamat tak sampai sekilo pon dah mengah ... lain la kalau stamina segagah Haile_Gebrselassie ...
route larian ni straight to the point je ... start dari stadium darul aman terus menghala ke istana ... bagi yang lari 10K kena U-turn kat kawasan istana ... selain straight je route dia ... satu lagi memang flat rate sangat la dia punya tahap kesukaran tu .. tiada sebarang bukit atau jambatan yang perlu didaki ...
cuma yang tak berapa bestnya pasal larian ni ... penganjur tak sediakan water station .. satu pon x dak ... nasib baik ada jugak bawak duit syiling sekupang dua .. boleh beli ayaq mineral tepi jalan ... nasib baik sepanjang jalan banyak kedai makan dengan station minyak ... singgah je la ... yang x bawak duit tu nasib la ... kena la buat muka seposen mintak ayaq kalau dh dahaga sangat ...
satu hal lagi sebab kat aloq setaq ni larian kadang-kadang atau jarang-jarang diadakan .. jadi tahap kesabaran pemandu-pemandu memang nipis la ... dah nampak orang lari kiri kanan jalan tu bawak la slow-slow sikit .. ini tidak dipecutnya jugak macam masuk rally dakar ... nasib baik la ada abang-abang dan kakak-kakak polis dan pertahanan awam yang tolong jaga trafik ...
apa-apa pon enjoy la larian ni walau tak ramai orang .. kena buat promosi lebih ni kalau next time nak anjur lagi ... kena organise betul-betul jangan main-main saja ... seperti menanam bunga di atas batu ... betul ka peribahasa ni .. ni cedok dari Mr. Karam Singh ..

No comments: