Thursday, December 01, 2016

UPM Unifarm Run

When : 6 November 2016
Where : Stadium UPM
Distance : 10K
First time join event ni tapi bukan first time lari di sini ... dulu pernah lari Mizuno Run. Kalau ikut pengalaman berlari di UPM memang menarik. Lebih-lebih lagi kalau berlari bertemakan Farm and Animal ni. 
So as usual .. merempit saja ke UPM sebab malas nak bersusah dengan parking kalau naik kereta. Naik moto boleh je parking sedekat yang mungkin. 
So kalau lari di Ladang UPM ni apa yang kita dapat? Antaranya ialah taik lembu. Ya ^_^ ini diberi percuma (FOC). Nama pon ladang kan. So semua pelari kena la pandai-pandai mengelak jerangkap samar yang banyak di UPM ni. So satu lagi nasihat kalau untuk event di ladang UPM ni jangan la pakai kasut baru atau kasut kesayangan. Memang kasut akan bertukar warna di akhir event. 
Bagi yang suka phothography . event ni sangat sesuwai dengan jiwa mereka. Banyak tempat yang menarik utk dicapture. Saya je tak berapa nak pandai. Pakai phone je.







Tuesday, November 29, 2016

Gunung Jerai Marathon 2017




Antara target event jugak next year ^_^ .. berlari di kampung halaman. Mari beramai-ramai

XTerra Langkawi 2017

Come join us for a beautiful island trail run of 5km, 11km or 21km!

Registraion & Information: https://www.justonlineregistration.com/events/xterra-malaysia-2017/

Parking sini kejap ^_^ in case berminat nak join next year.

Wednesday, November 23, 2016

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016

 What : Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah
When : 13 November 2016
Where : Kuala Kangsar Perak
Starting Point : Jalan Tun Razak, KK
Tahun ni dapat join sekali lagi event yang best ni. Last year tak join sebab apa ya, busy sangat agaknya. Macam biasa, jarak yang ada bagi event ni, ada 15K, 10K dan jugak 7K. Pilih saja mana yang berkenan. Satu yang best pasai event ni ialah registrationnya murah dan happening masa hari kejadian. 
 Ingat nak bawak family tahun ni, tapi disebabkan ada kenduri di kampung jadinya kena la pi sorang. Pulak tu dah terbook hotel di Ipoh. Duduk la sensorang kat bilik hotel. Tapi dari Ipoh ke Kuala Kangsar tak dak la jauh. Dalam 40 minit saja. Keluar pukul 5 dari Ipoh, sempat la berjemaah Subuh di Masjid Rizwaniah. 
 Bagi kategori 15K, starting time pkl 6.45 pagi. Dilepaskan sendiri oleh Sultan Perak sambil ditemani Menteri Besar Perak dan lain-lain pegawai tinggi di Perak. Berani ka tak pi support event Tuanku ^_^. 
 Masalahnya dengan event ni ialah banyak sangat halangan sepanjang acara berlangsung. Antaranya ialah ada live band, ada orang main gasing, ada main muzik. Ada jugak kueh mueh free yang disediakan oleh orang kampung. Ambik saja sebab free. 

 Part paling best ialah bila runners bagi kategori 15K kena lalu sawah bendang. Memang ramai la yang dok berenti ambik gambaq. Bukan selalu nak dapat view macam ni. Dah macam merentas desa pulak. Tapi memang merentas desa pon event ni. 
 Tahun depan dengarnya akan lagi happening event ni sebab tahun 2017 adalah tahun melawat Perak. Jadi bersedia lah para runner sekalian untuk book awal sebab event ni memang cepat sold outnya every year. 








Larian Gegar 2016

 Event : Larian Gegar
Date : 20 November 2016
Where : UM Arena Universiti Malaya
Distance : 10 & 5 KM
 Kalau tak silap emcee ada cakap ni penganjuran kali ke-5 Larian Gegar. Dah banyak kali ropenya Larian Gegar ni. Dengaq jugak emcee dok membebel, last year dia join sebagai runner, tahun ni kena jadi emcee pulak. 
 Bezanya penganjuran tahun ni ada sekali dengan nak buat rekod. Rekod pelari terbanyak lari sambil pakai kain batik atau pon kain pulikat. Ingat senang ka nak lari pakai kain ni.
 Bagi mana-mana event lari sekali pon, kategori paling jauh akan dilepaskan dulu. Jadinya geng 10KM dilepaskan dulu diikuti 15 minit kemudian kategori 5KM. Macam kebiasaan kalau event di UM ni, sure kena lari bukit aka Bukit Cinta. Memang bercinta la nak lepaih bukit ni. 
 So macam biasa jugak, bagi pelari slow motion mcm kami ni, wefie atau selfie la kemuncaknya. Sempat jugak berselfie di puncak Bukit Cinta di mana banyak yang dah Walking Dead time ni.
bagi kategori 10KM, kena u-turn di Komplek Renang dan patah balik ke UM Arena. Yg kategori 5KM, tak payah u-turn sebab 1 loop dah cukup, terus habis larian di UM Arena aka kawasan stadium. 

 so mcm biasa lepas habis larian, lepaking dengan member-member yang turut join event ni. Sambil makan pisang dan dengaq emcee bercakap ^_^

ni event last bg tahun ni ... bagi bulan ni di tahun ni ... ada lagi 2 event last for 2016.

Monday, June 01, 2015

Team Malaysia Fan Run 2015

 Team Malaysia Fan Run is back ! Tu lah iklan kat website TM masa mula-mula registration dibukak awal April tahun ni. Event kedua bagi tahun 2015 walau dan masuk Jun. Bukan malas cuma segan saja ^_^. Sebenaqnya ada saja event yang dah register tapi last minute tak buleh join pulak .. apa lagi melepas la. 
 Event ni jatuh pada 31 Mei 2015 bertempat di Putrajaya. Ada kategori 5, 10 dan 15 kilometer. Ramai jugak yang join event ni. Dulu pernah join event ni masa first time buat tapi time tu berlangsung di Dataran Merdeka sana. Bagi yang join kategori 15k, start pukul 7 pagi. Kategori lain selepas tu la startnya. 
 Bagi event ni sebab takut parking habis, pukul 545 dah sampai Putrajaya. Sempat la singgah masjid besi dulu.Tengok ramai yang pakai baju Malaysia kat semejid ^_^. Nasib baik sampai awal, parking sekitar masjid pon dan macam nak penuh. Lagi pon, ada jugak Floria Putrajaya tengah berlangsung.
 Bagi event ni jugak Menteri Belia aka KJ yang melepaskan para runner. Dia pon ambik bahagian jugak walaupun 5k saja. Route macam biasa la kalau di Putrajaya ni start depan Istana Kehakiman lepas tu straight sampai PICC ambik kiri dan straight sampai jarak 5k. Pastu u-turn. Masa u-turn tu la akan bertembung dengan geng yang lari 5k. 
 Dan macam biasa kalau lari di Putrajaya ni memang bahang. Panaih wei. Balik rumah dah pening kepala. Lupa pulak nak bawak topi. Normal la kan, kat Putrajaya mana banyak pokok kalau nak banding kalau event di Bukit Tunku sana. Pukul 8:30 pagi dah boleh terasa dia punya bahang. Jadi bagi yang first time nak berlari kat Putrajaya sila bersedia la ya, mental dan fizikal. 
 Yang best part event ni ialah start on time, medal menarik, tak crowded masa habis dan air kat water station mencukupi. Terima kasih kepada sukarelawan dan sukarelawati semua. Well Done !
 Bagi event ni saya berpuas hati dengan prestasi terkini ^_^. Kena training kuat lagi. Next event sebelum ramadhan menjelma ialah Blood Donors Fun Run berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa. Ini saja event yang tinggal, yang lain semua dan sold-out. 
 Dan satu lagi, tujuan event ni diadakan ialah untuk memberi sokongan kepada kontijen Malaysia yang bakal berjuang di Singapura dalam Sukan Sea 2015. Sebab tu la nama dia Fan Run. Dari Fan untuk team Malaysia. 

Tuesday, June 11, 2013

Mizuno Wave Run 090613

 last weekend macam kebiasaannya ... aktiviti berlari diteruskan ... kali ni join Mizuno Wave Run 090613... kalau biasanya buat di UPM , kali ni berlangsung kat Putrajaya pulak .. START dan FINISH di depan Perbadanan Putrajaya Precint 2 .... jarak ? tak jauh pon dalam 16 k saja pon .. ada 2 kategori .. satu lagi kategori 7 k .... sebab berlangsung hari ahad jadi tak la susah nak ke tempat kejadian .. guna DUKE saja dari Sentul .. 1/2 jam dah sampai .... 5:45 baru keluaq ... dekat2 nak START baru sampai .. kategori 16k START pukoi 6:30 pagi ... 
 ramai jugak yg join event ni .. dah jadi trend sekarang ni , running event ni mmg sambutan menggalakkan ... untuk organiser pulak, kalau dah sambutan menggalakkan jgn la pulak organise sesuka hati ... satunya air kat water station dah habis ... selalu akan bwk mineral water sendiri .. tp saja tak bawak kali ni , ingat air cukup .. lagi pon 16 k je pon ... sampai kat water station ke 3 air nya dah habis la pulak ... bajet tak cukup ke pihak organiser ... aduhh .. 

selain tu , yang lain-lain okay la ... route cantik .. cuaca pon cantik .. cuma dekat nak habis Putrajaya dilanda ribut .. macam mau hujan .. nasib baik sempat habis larian ... 
special thanks kepada semua volunteers dan photographers ... sampai ke lain event .. see U. Jom lari kita .. Jom.