Showing posts with label Run. Show all posts
Showing posts with label Run. Show all posts

Friday, December 02, 2016

Welcome 2017

 Just around the corner, ya just aorund the corner sana. 2017 sikit lagi saja nak menjelma. Sempena 2017 ni saya berazam nak lagi gigih berlari di tahun depan ^_^. Azam kena ada kan. So nak bagi menguatkan lagi azam tahun depan, dah terbeli kalendar untuk 2017. Kalender untuk para pelari. Sebab ada future event dalam kalendar untuk sepanjang tahun. Jadi boleh la merefer kat dalam tu. Kalau tak ada, boleh la tuliskan sendiri. 
 Mana dapat ? Beli online saja kalender ni di http://www.marathonbaker.com ... Kalau berminat pi la cari sana. Kalendar ni sampingan saja. Main bisnesnya ialah energy bar. Sesuai untuk sebarang aktiviti energy barnya tu. 

Wednesday, November 23, 2016

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016

 What : Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah
When : 13 November 2016
Where : Kuala Kangsar Perak
Starting Point : Jalan Tun Razak, KK
Tahun ni dapat join sekali lagi event yang best ni. Last year tak join sebab apa ya, busy sangat agaknya. Macam biasa, jarak yang ada bagi event ni, ada 15K, 10K dan jugak 7K. Pilih saja mana yang berkenan. Satu yang best pasai event ni ialah registrationnya murah dan happening masa hari kejadian. 
 Ingat nak bawak family tahun ni, tapi disebabkan ada kenduri di kampung jadinya kena la pi sorang. Pulak tu dah terbook hotel di Ipoh. Duduk la sensorang kat bilik hotel. Tapi dari Ipoh ke Kuala Kangsar tak dak la jauh. Dalam 40 minit saja. Keluar pukul 5 dari Ipoh, sempat la berjemaah Subuh di Masjid Rizwaniah. 
 Bagi kategori 15K, starting time pkl 6.45 pagi. Dilepaskan sendiri oleh Sultan Perak sambil ditemani Menteri Besar Perak dan lain-lain pegawai tinggi di Perak. Berani ka tak pi support event Tuanku ^_^. 
 Masalahnya dengan event ni ialah banyak sangat halangan sepanjang acara berlangsung. Antaranya ialah ada live band, ada orang main gasing, ada main muzik. Ada jugak kueh mueh free yang disediakan oleh orang kampung. Ambik saja sebab free. 

 Part paling best ialah bila runners bagi kategori 15K kena lalu sawah bendang. Memang ramai la yang dok berenti ambik gambaq. Bukan selalu nak dapat view macam ni. Dah macam merentas desa pulak. Tapi memang merentas desa pon event ni. 
 Tahun depan dengarnya akan lagi happening event ni sebab tahun 2017 adalah tahun melawat Perak. Jadi bersedia lah para runner sekalian untuk book awal sebab event ni memang cepat sold outnya every year. 








Wednesday, August 01, 2012

Berlari di bulan September ?

 Salam September semua ... ish ish , Ogos pon baru sehari .. dah bising pasai September .. bukan apa sekadar peringatan ... bulan September @ 9 ni agak sibuk dengan aktiviti berlarian .. mana taknya .. tiap-tiap minggu ada saja event ...  yang pertama .. Kuantan TC Run pada 2 Sept. .. TC tu Telok Chempedak ... ni kira masih dalam mood Syawal ... moh kita ke TC beramai-ramai ... 10K saja jaraknya
 minggu kedua September pulak akan ke Hulu Langat ... menyertai the River Jungle Marathon ... nama pon marathon ... memang kategori marathon saja yang disajikan pada event ni ... half atau quarter marathon tidak dilayan di sini ... tarikhnya 9.9.12 ... ingat nak bermalam di Hulu Langat .. senang dan dekat nak ke starting point ... dikhabarkan banyak homestay di kawasan Hulu Langat ni ..
selepas pantai timur dan kawasan tengah semenanjung dijelajah .. kini giliran ke utara pulak ... kita pi Taiping pulak .. dah register untuk Taiping International Marathon ... masuk kategori half marathon saja aka 21K .. tak larat nak bermarathon lagi selepas RJM di Hulu Langat ... berlari sempena Hari Malaysia, 16 Sept. ... 
 penat jugak rasanya tiap-tiap minggu ada event ... berlari pulak tu .. tak pa bagi mengurangkan tahap letihan .. minggu keempat ni kita stop berlari ... join event walk for charity .. anjuran Avon yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 23 Sept. ... charity walk ni bertema Kiss Goodbye to Breast Cancer ...
event terakhir di bulan 9 ... Solomon Trail Run .. bakal diadakan di UPM ... bila ? 30 Sept. .... ni trail run ... jenoh main keleboq la ... rasanya sebab sebulan di bulan 8 tak dak sebarang event .. bulan 9 ni kira bulan pembalasan .. tiap-tian minggu ada saja ... jenoh pilih ... dan yang bestnya semua event yang join ni semua nya adalah yang first .. tak penah join lagi sebelum-sebelum ni .. jadi berlarilah dengan bijak dan dengan selamat jugak.