Team Malaysia Fan Run is back ! Tu lah iklan kat website TM masa mula-mula registration dibukak awal April tahun ni. Event kedua bagi tahun 2015 walau dan masuk Jun. Bukan malas cuma segan saja ^_^. Sebenaqnya ada saja event yang dah register tapi last minute tak buleh join pulak .. apa lagi melepas la.
Event ni jatuh pada 31 Mei 2015 bertempat di Putrajaya. Ada kategori 5, 10 dan 15 kilometer. Ramai jugak yang join event ni. Dulu pernah join event ni masa first time buat tapi time tu berlangsung di Dataran Merdeka sana. Bagi yang join kategori 15k, start pukul 7 pagi. Kategori lain selepas tu la startnya.
Bagi event ni sebab takut parking habis, pukul 545 dah sampai Putrajaya. Sempat la singgah masjid besi dulu.Tengok ramai yang pakai baju Malaysia kat semejid ^_^. Nasib baik sampai awal, parking sekitar masjid pon dan macam nak penuh. Lagi pon, ada jugak Floria Putrajaya tengah berlangsung.
Bagi event ni jugak Menteri Belia aka KJ yang melepaskan para runner. Dia pon ambik bahagian jugak walaupun 5k saja. Route macam biasa la kalau di Putrajaya ni start depan Istana Kehakiman lepas tu straight sampai PICC ambik kiri dan straight sampai jarak 5k. Pastu u-turn. Masa u-turn tu la akan bertembung dengan geng yang lari 5k.
Dan macam biasa kalau lari di Putrajaya ni memang bahang. Panaih wei. Balik rumah dah pening kepala. Lupa pulak nak bawak topi. Normal la kan, kat Putrajaya mana banyak pokok kalau nak banding kalau event di Bukit Tunku sana. Pukul 8:30 pagi dah boleh terasa dia punya bahang. Jadi bagi yang first time nak berlari kat Putrajaya sila bersedia la ya, mental dan fizikal.
Yang best part event ni ialah start on time, medal menarik, tak crowded masa habis dan air kat water station mencukupi. Terima kasih kepada sukarelawan dan sukarelawati semua. Well Done !
Bagi event ni saya berpuas hati dengan prestasi terkini ^_^. Kena training kuat lagi. Next event sebelum ramadhan menjelma ialah Blood Donors Fun Run berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa. Ini saja event yang tinggal, yang lain semua dan sold-out.
Dan satu lagi, tujuan event ni diadakan ialah untuk memberi sokongan kepada kontijen Malaysia yang bakal berjuang di Singapura dalam Sukan Sea 2015. Sebab tu la nama dia Fan Run. Dari Fan untuk team Malaysia.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment