Date : 26 February 2017 (Sunday)
Time : 12.30am
Venue : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
RPEC : Da Men Mall, Persiaran Kewajipan Subang Jaya
Satu-satunya event di bulan February. Shah Alam Half Marathon. Ada 2 kategori saja dipertandingkan iaitu HM dan 10K. Bib kena ambik jauh dari tempat berlangsungnya larian. Kena ambik di Da Men Mall di Persiaran Kewajipan sana. Nasib baik ada waze, sampai la jugak. Masa sampai mall tu cuaca dah mendung. Lepas ambik bib dan late lunch di food court yg mahal, hujan turun mencurah-curah.
Tahun lepas ada register jugak event ni tapi tak berlari sebab gigi sakit akibat tampalan di siang hari sebelum event. Jadi untuk tahun ni, kalau ada event, elakkan dari tampal gigi 2 atau 3 hari sebelum event. Kalau tahun lepas stay di Hotel Bluewave, tahun ni ambik tempat lain pulak iaitu di Intekma Resort. Kalau ikutkan harga, Intekma lagi murah tapi dari segi kualiti Bluewaze la mendahului. Kalau dari segi jarak, Intekma dalam 2KM dari Dataran Kemerdekaan. Bluewaze pulak, 200 meter je.
Disebabkan event start pukul 1230am bagi kategori Half Marathon, jadinya dalam pukul 1130 malam baru keluar dari Intekma Resort. Dekat saja ke Dataran Shah Alam. Sebelum event, macam biasa berjumpa dengan kawan-kawan sepelarian.
Yang bestnya event tahun ni, bila dah ready nak berlari dalam pukul 1225 am, hujan mula rintik-rintik. Alamak, baju hujan segera ada beli tadi di Da Men Mall, tapi tak bawak la pulak sebab tengok macam cuaca dah okay. Bila kategori half dilepaskan saja, hujan mula turun dengan lobatnya. Dalam hujan la semua berlari tahun ni.
Dari segi route, memang dah difahami la area Shah Alam ni agak berbukit. Jadinya ada la 2 ke 3 bukit nak kena mendaki. Roundabaout pon boleh tahan banyaknya di Shah Alam ni. Dari segi water station, sangat-sangat mencukupi.
So tahun depan kita jumpa lagi untuk Shah Alam Half Marathon 2018.
No comments:
Post a Comment