Thursday, March 23, 2017

Alor Setar HM 2017

Event : Alor Setar Half Marathon
Date : 18 March 2017 (Sabtu), Ahad hari bekerja di Kedah
Time : 5:00am for HM, 6:30am utk 10K and 5K selepasnya
REPC : LG Aman Sentral
Start dan Finish : Depan Aman Sentral dan Alor Setar Tower
Ahkirnya dapat juga berlari HM di bumi Aloq Setaq. Last year ada register tapi tak dapat berlari sebab kena bertugas di luar kawasan. Jadi tahun ni bersekali dengan cuti sekolah dan tiada sebarang kejadian yang mendesak, dapat lah jugak pertama kali berlari HM di Aloq Setaq. Kalau di Kedah HM yang kedua selepas Sungai Petani HM. 
Di Kedah kalau event berlari akan dibuat pada hari Sabtu sebab hari Ahad adalah hari bekerja. Perancangan nak balik awal iaitu hari Khamis, tapi anak ada exam pulak hingga Jumaat. Makanya petang jumaat la baru nak bertolak ke Aloq Setaq. Jem la pulak Jumaatnya tu seperti biasa. Pukul 1:00 pagi baru sampai rumah. Dapat la tidur 2 jam sebelum event bermula. Kategori HM startnya pukul 5:00 pagi. 
Bagi larian ni, berjaya merasuk 2 orang adik untuk turut berlari. Cumanya depa berlari jarak 10K saja. Ok la tu as a beginner. Nanti kita increase jaraknya. Rumah di Aloq Setaq tak jauh dari Aman Sentral. Jadi lepas tidoq 2 jam, bangun pukul 4 dan bersiap ala kadar terus ke Aman Sentral pukul 4:30 pagi. Pagi tak dak la nak jem ke apa ke. Masa on the way, nampak kon sepanjang jalan dari Giant menghala ke Stadium DA. Nampak la marker 18. 19 dengan 20 K di situ. 
Parking ??? Masa sampai di Aman Sentral, tgk ramai yang dah sampai. Banyak yang parking berhampiran Menara Aloq Setaq. Free parking situ cuma sapa cepat dia dapat la. Parking yang tak free ada banyak di kawasan C-Mart bersebelahan Menara Alor Setaq. 2 ringgit saja parking nya dari pukul 4:30pagi sampai la 10:30pagi sepanjang parking kat situ. 
Bagi HM, tepat pukul 5 pelari semua dilepaskan. Untuk warm-up ada zumba disediakan. Disebabkan berlari di hometown, jadi dah memang familiarlah dengan routenya HM ni. For Muslim, bagi yang paste 8:30 mcm saya ni, masuk waktu subuh betul-betul sampai di Masjid An Najjah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Jadi, bolehla stop solat subuh dulu. 
Bestnya lagi berlari HM di Aloq Setaq ni ialah start awal pukul 5:00 pagi, jadi tak panas dan kereta masih tak banyak di waktu itu. Water station sangat mencukupi. Marker di setiap KM disediakan. Kawalan lalu lintas juga terbaik oleh pihak keselamatan. Baju pon menarik bagi edisi 2017, kaler kebanggaan rakyat Kedah "Hijau Kuning". Dari segi safety jugak memang bagus sebab boleh nampak dari jauh. 
Lagi satu yang best berlari tahun ni ialah bunga Tecoma dengan Sakura tengah berbunga di Alor Setar. Penuh atas pokok dan bawah pokok dengan bunga warna warni. Sepanjang jalan boleh menikmati keindahan ni. Untuk yang masuk kategori 10K ada routenya sendiri. Langsung tak campur dengan kategori HM. Ini memudahkan kawalan trafik oleh polis. 
 Last but not least, bak kata orang putih, medal kali ni memang terbaik. 3D designnya dan sangat comel ^_^


Moga ketemu lagi di Alor Setar Half Marathon 2018.

No comments: