Venue : D' Pulze Cyberjaya
Distance : 42, 21, 12 and 5K
Tanggal 15 Januari 2017, selesai berlari sambil berjalan jarak Full Marathon (FM) di Twin City Marathon. Itu lah jadinya kalau tak cukup training bagi jarak FM ni. Respect the distance bro. First time join event ni dan FM ke 10 sepanjang penglibatan berlari FM. Kalau mengikutkan #jomkitalari, Marathon ini menarik 7,500 pelari tahun ini, satu peningkatan yang besar berbanding dengan tahun-tahun lampau iaitu 4,500 pada tahun 2014 dan 5,000 di tahun 2016.
Memang 2017 berjaya menarik ramai pelari FM. Nampak ada juga yang first time berlari FM. Ia dikenali sebagai twin city sebab kita berpeluang berlari di Cyberjaya dan juga Putrajaya. Saya join pon sebab tiba-tiba saja. Pertamanya last lari FM adalah 2 tahun lepas di RJM. Tiba-tiba saja berminat untuk lari semula FM. Dan Twincity sebagai batu loncatan untuk mula semula.
Kalau yang belom pernah berlari di Putrajaya, selain view nya yang menarik especially waktu subuh, kena tahan panas juga. Putrajaya sememangnya diketahui kurang pokok, jadi bagi slow runner, be prepared to face Mr. Matahari. Ini pon antara saya punya silap, lupa bawa "cap". Jadinya memang sunburn la lepas habis event.
Bagi yang muslim, dont worry, walau start pukul 4 bagi kategori FM, ada disediakan 3 surau bergerak. Masih boleh bersolat subuh walau berlari sekali pon.
Selain itu, antara tarikan Twin city marathon kali ini ialah ada disediakan nasi lemak di KM30. Ni nasi lemak anak dara yang viral sepanjang tahun lepas. Ada jugak yang makan. Tapi saya dah tak berselera, dengan panas dengan penat. Lagi pon terfikir ada lagi 12KM nak habis. Lain kali saja la makan nasi lemak.
Di Cyberjaya, viewnya memang menarik. Clear blue sky lagi. Dan panasnya jangan dikira lah.Bagi event ni , first FM di 2017, berjaya juga menghabiskan sebelum cut off time iaitu 8 jam. Berjaya habis dalam 7 jam dan 17 minit. Perlukan lebih training untuk next FM.
No comments:
Post a Comment