Tuesday, December 20, 2016

JJCM Langkawi Part II: Edisi Laksa Ikan Sekoq

Hari kedua di Langkawi. Sesi pagi macam biasa breakfast, lepas tu bermandi manda. Inilah aktiviti wajib kalau ke Langkawi dan stay pulak area Pantai Cenang. Pagi sebelum breakfast sempat la jugak berlari sepanjang kawasan pantai. Dapat lah dalam 9km. Dari hujung ke hujung. Pagi pukul 7 masih tak ramai orang dan tak ramai yang jogging. Bila ada sorang dah start, ramai pulak yang berlari. Ok la, ada geng. 
 Breakfast di Sandy Beach Resort ni ala kadar saja. Ada nasi goreng yang dialternate dengan mee atau bihun atau kuay teow setiap hari. Ada la jugak bubur untuk kanak-kanak dengan roti. Yang bestnya lokasi breakfast tepi pantai.
 Aktiviti seterusnya ialah mencari makan tengahari. Seperti dipersetujui bersama. Kami nak try makan Laksa Ikan Sekoq yang dikatakan terkenal di Langkawi ni. Masa sampai salam pukul 1 tengahari, masih tak ramai, ada lagi meja kosong. Meja tepi laut pon ada, tapi kami duduk yang dekat dengan lari sebab angin kuat sangat kat tepi laut tu. Lagi pon senang nak bawak makanan ke meja. 
Jadi memang betul lah seperti telahan, memang sekoq ikan dibaginya. Ada jugak bihun dan mee sup, pasemboq dan kuay teow goreng. Bukan semua orang suka ke laksa ni kan.
Oh ya, lokasi Laksa Ikan Sekoq ni betul-betul sebelah airport Langkawi. Kalau dari Pantai Cenang straight saja menghala ke airport. Ada dua tiga kedai lain sepanjang jalan airport ni.
 Yang kedai kami singgah adalah kedai pertama kami nampak. Nampak saja terus berhenti. Malas mau ke depan lagi.



No comments: