Friday, March 30, 2012

2XU Run

ini lah aktiviti larian oversea pertama tahun ni ... tak dak la jauh sangat ... Singapore je ... oversea sangat bak kata Pak Jabit ... dan juga aktiviti larian pertama bagi bulan april .. dah la bulan mac dah rest tak lari apa-apa event ...

ramai juga runners dari Malaysia yang join event ni ... dan macam biasa esok pagi-pagi buta pi naik AA ... rasanya masa booking hari tu flight pukul 10 .. tengok-tengok tadi ropenya pukul 6:15am flight berlepas ... adoi mak .. pukul 3.00 pagi dah kena keluaq rumah ni ... itulah akibatnya tak klik betul-betul masa register ...

oh ya event ni 15 km saja jaraknya .. jadi tiada sebarang tekanan .. ni kira pi makan angin sambil bersukan ... Okay chow dulu !

No comments: