dapat tau tempat ni pon selepas buat family day kat situ .. sebelum ni memang langsung tak tau .. ada jugak tempat macam ni ye ... macam mana nak ke situ ? sebenaqnya senang saja .. cuma jangan lepas simpang dan sign board saja la .. kalau lepas sure sure sesat dah tu ... kalau guna highway .. kena exit kat SP (U) baru senang .. lepas toll terus saja .. sampai jumpa sign board ke MRSM Merbok ... jgn terlajak nanti sesat .. nak ke MRSM Merbok kena belok kanan selepas trafik light ...
cari sampai jumpa MRSM Merbok .. bila dah jumpa ia akan berada di sebelah kiri kita ya tuan-tuan dan puan-puan ... nampak saja ada traffic light terus ambik kiri ... selepas belok kiri ni ada la lagi beberapa km sebelom jumpa sign board kecil untuk masuk ke chalet terapung ... time belok kiri selepas MRSM tadi akan jumpa taman perumahan dan segala macam kedai .. kalau terlupa beli ubat atau mosquito patch buleh la singgah sebab ada satu farmasi kat sini ...
nak ke chalet kena cari signboard chalet terapung dengan satu sign board lagi perusahaan membuat belachan .. kalau dah jumpa masuk saja la sampai jumpa chalet .. dari signboard nak ke chalet jauh jugak la dalam 1.5 km ... oh ya kalau dari MRSM tadi signboard nak ke chalet ni kat sebelah kiri maknanya kena belok kiri la ye ...
bagaimana pulak dengan harganya ? boleh dikatakan berpatutan ... nak buat family day pon sesuai sangat ... cuma kalau yang bawak anak kecik tu kena be extra careful .. ye lo sebab dekat sangat dengan air .. kena sentiasa berwaspada la ... bagi yang tak tahan panas ada disediakan bilik beraircond ... ada satu chalet khas untuk buat BBQ dengan family day .. nak memancing pon boleh jugak kat sini selain kat chalet memasing ... bagi yang family ramai sangat sesuai berfamily day kat sini .. sebabnya perlatan memasak asas disediakan .. jimat la tak payah beli cuma kena la bawak sendiri bahan masakannya .. itu pihak pengusaha chalet tak la sediakan ..
cuma beberapa komen buat pengusaha chalet .. tu pon kalau dia baca la .. sign board kat jalan masuk tu bagi la besaq sikit .. atau pon bagi kasi terang sikit .. kena font besaq dan letak gambaq chalet terapung ... baru la tak terlajak ... lagi satu kalau orang book 3 hari 2 malam orang akan stay kat bilik yang sama sampai balik .. ni tak kami terpaksa pulak pindah bilik pada hari kedua .. maknanya orang yang ambik order kena la confrm betul-betul jangan terdouble confirm haru jadinya .. yang lain-lain berkaitan chalet memang okay saja la .. no comment ... tempat yang sesuai untuk bercuti dan berfamily day sambil memancing ... walau ikannya agak malu-malu mau makan umpan ^_^
No comments:
Post a Comment