Monday, January 03, 2011

Selamat Tinggal 2010 ..

Amin .. tahun 2010 dh lepas .. dh masuk 2011 ropanya .. Syukurrr .. aku bernafas lagi .. (pinjam lagu Altimet) .. dipanjangkan usia buat merasa satu lagi tahun baru ...

aktiviti penutup tahun 2010 .. majlis pertunangan di samping buat family day untuk family Aishah-Manan .. ni first time buat .. jadi biasa la kalau ada kekurangan tu .. penganjur kena la buat post-mortem utk tahun 2011 pulak .. bertempat nun di utara ... tapi tak la utara sangat sebab majlis diadakan di Kulim, Kedah .. uniknya Kulim ni ialah dalam negeri Kedah tp langkah kaki sikit dh masuk Pulau Pinang pulak .. senario biasa orang yang duduk di sempadan ..

selamat bertunang utk Ieda dan Wan .. dengarnya akd nikah akan dilangsungkan 11.11.11 ... ramai la yang berebut tarikh ni nanti ye .. bz la tok imam dan tok kadi nk memilih undangan nanti .. kena book awal-awal ni .. kalau x melepas .. [agaknya hantaran pun kena 111111 .. aduh .. boleh pengsan ^_^] ..

majlis berlangsung meriah walaupun sederhana ...
x sempat (mungkin lupa agaknya) .. nk bergambar dengan t-shirt family day .. hasilnya bergambar dengan baju gaya caca-marba .. sebabnya t-shirt rasmi dah pakai time BBQ ... sukeneka pulak buat time lain .. masih ada beberapa family x dapat join .. al-maklum selain masalah cuti .. masalah jarak jugak memainkan peranan ..
pihak penganjur menyediakan beberapa acara sukeneka .. biasa-biasa aje yang penting happy ..

acara penyampaian hadiah .. bukan hadiah yg penting .. tapi semangat "kerjasama" dan sporting yg penting .. jadi dengan berlabuhnya 2010 .. diharap 2011 akan tetap membawa keceriaan .. antara azam 2010 yang masih tidak tercapai dan akan terus dibawa ke tahun-tahun hadapan ialah .. usaha mendapatkan 6 pack abs ^_^ .. asyik one big pack je ni .. ^_^ dan untuk acara berlari-larian .. tak kira la geli-gelian atau secara tegar .. jugak akan diteruskan seperti sedia ada .. dengan satu moto .. sihatlah demi orang tersayang .. Selamat Datang 2011 ..

1 comment:

Anonymous said...

INSERT