Thursday, July 13, 2017

Wednesday, May 31, 2017

#throwback SCKLM 2017

towards ke finishing line ... penat tak sangga ^_^

Friday, May 26, 2017

Standard Chartered KL Marathon

 Date : 21 May 2017
Time : 4.00am for FM
Venue : Dataran Merdeka
Category : FM, HM, 10K , 3KM and 1KM Kid's Dash

 SCKLM atau pon Standard Chartered Kuala Lumpur Maraton namanya. Acara terakhir larian bagi first half 2017. Diberitakan sebagai acara larian terbesar di Malaysia. Memang meriah bila Dataran Merdeka dipenuhi pelari seramai itu. Bagi kategori Full Marathon (FM) saja ada seramai 8000 orang yang mengambil bahagian.  
 REPC atau pon Race Entry Pack Collection tahun ini seperti ramai kata orang "the best". Mungkin sebab location. Pihak penganjur sediakan khemah beraircond untuk REPC di sebelah KLCC (convention centre). Kalau kebiasaan nya di Dataran Merdeka, tapi tahun ini ada kelainan. REPC bermula dari 18 - 20 Mei 2017. First day macam biasa, memang ramai orang. Second day dah tak ramai. Masuk hari ke 3 kembali ramai sebab hari cuti dan ramai yang dari luar KL baru sampai. Banyak jugak booth yang dibuka untuk kemudahan runners SCKLM. 


 Menariknya bagi yang masuk kategori FM. Ada wall of fame, yang dipenuhi dengan nama pelari-pelari FM. Boleh lah cari nama masing-masing lepas ambik race kit.










Thursday, May 18, 2017

KOKK (King of Kampung Kemensah)

 Date : 7 May 2017
Time : 6:45am for 30km category
Distance available : 50, 30, 18, 10 and 5KM
Venue : Dewan Komuniti Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)

Pro

  • Parking mencukupi terutamanya bg kategori 50 dan 30KM (sbb datang awal)
  • starting on time
  • route menarik 
  • banyak sungai 
  • crew yang banyak membantu 
Con
  • air dah habis masa u-turn bagi kategori 30KM
  • route yang agak licin (sebab hujan dan laluan scrambler)

Rumusan
  • pemilihan kasut kena dititik beratkan sebab laluan licin dan curam 
  • laluan memang agak mencabar
  • kena ada hydration pack sebab memang perlukan air yang mencukupi
  • bawak bekalan makanan secukupnya kerana perlu tenaga secukupnya nak mengharung 30 atau 50 KM 
  • banyak sungai, jadi memang akan basah la kasut dan stokin 











Hulu Langat Trail Run #throwback

Tarikh : 2 April 2017 
Tempat: IKTBN, Dusun Tua, Hulu Langat 
Jarak : 10 dan 17KM 
Starting time : 7.00 a.m. 



Pro

  • parking mencukupi di kawasan IKBN
  • ada masjid di dalam IKBN untuk solat subuh
  • boleh mandi di masjid lepas event
  • water station mencukupi 
  • starting on time 
  • baju event yang menarik 
  • medal yang unique
  • ada event photographer 
  • crew yang mantops 

Con

  • ada sesetengah tempat yang sempit dan licin 
  • masalah trafik masa nak keluar dari IKBN (2 jam nak keluar dari situ), puncanya sebab trafik light di Batu 14 sana (baik naik motor bagi event 2018)