Tuesday, November 29, 2016

Gunung Jerai Marathon 2017




Antara target event jugak next year ^_^ .. berlari di kampung halaman. Mari beramai-ramai

XTerra Langkawi 2017

Come join us for a beautiful island trail run of 5km, 11km or 21km!

Registraion & Information: https://www.justonlineregistration.com/events/xterra-malaysia-2017/

Parking sini kejap ^_^ in case berminat nak join next year.

Wednesday, November 23, 2016

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016

 What : Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah
When : 13 November 2016
Where : Kuala Kangsar Perak
Starting Point : Jalan Tun Razak, KK
Tahun ni dapat join sekali lagi event yang best ni. Last year tak join sebab apa ya, busy sangat agaknya. Macam biasa, jarak yang ada bagi event ni, ada 15K, 10K dan jugak 7K. Pilih saja mana yang berkenan. Satu yang best pasai event ni ialah registrationnya murah dan happening masa hari kejadian. 
 Ingat nak bawak family tahun ni, tapi disebabkan ada kenduri di kampung jadinya kena la pi sorang. Pulak tu dah terbook hotel di Ipoh. Duduk la sensorang kat bilik hotel. Tapi dari Ipoh ke Kuala Kangsar tak dak la jauh. Dalam 40 minit saja. Keluar pukul 5 dari Ipoh, sempat la berjemaah Subuh di Masjid Rizwaniah. 
 Bagi kategori 15K, starting time pkl 6.45 pagi. Dilepaskan sendiri oleh Sultan Perak sambil ditemani Menteri Besar Perak dan lain-lain pegawai tinggi di Perak. Berani ka tak pi support event Tuanku ^_^. 
 Masalahnya dengan event ni ialah banyak sangat halangan sepanjang acara berlangsung. Antaranya ialah ada live band, ada orang main gasing, ada main muzik. Ada jugak kueh mueh free yang disediakan oleh orang kampung. Ambik saja sebab free. 

 Part paling best ialah bila runners bagi kategori 15K kena lalu sawah bendang. Memang ramai la yang dok berenti ambik gambaq. Bukan selalu nak dapat view macam ni. Dah macam merentas desa pulak. Tapi memang merentas desa pon event ni. 
 Tahun depan dengarnya akan lagi happening event ni sebab tahun 2017 adalah tahun melawat Perak. Jadi bersedia lah para runner sekalian untuk book awal sebab event ni memang cepat sold outnya every year. 








Larian Gegar 2016

 Event : Larian Gegar
Date : 20 November 2016
Where : UM Arena Universiti Malaya
Distance : 10 & 5 KM
 Kalau tak silap emcee ada cakap ni penganjuran kali ke-5 Larian Gegar. Dah banyak kali ropenya Larian Gegar ni. Dengaq jugak emcee dok membebel, last year dia join sebagai runner, tahun ni kena jadi emcee pulak. 
 Bezanya penganjuran tahun ni ada sekali dengan nak buat rekod. Rekod pelari terbanyak lari sambil pakai kain batik atau pon kain pulikat. Ingat senang ka nak lari pakai kain ni.
 Bagi mana-mana event lari sekali pon, kategori paling jauh akan dilepaskan dulu. Jadinya geng 10KM dilepaskan dulu diikuti 15 minit kemudian kategori 5KM. Macam kebiasaan kalau event di UM ni, sure kena lari bukit aka Bukit Cinta. Memang bercinta la nak lepaih bukit ni. 
 So macam biasa jugak, bagi pelari slow motion mcm kami ni, wefie atau selfie la kemuncaknya. Sempat jugak berselfie di puncak Bukit Cinta di mana banyak yang dah Walking Dead time ni.
bagi kategori 10KM, kena u-turn di Komplek Renang dan patah balik ke UM Arena. Yg kategori 5KM, tak payah u-turn sebab 1 loop dah cukup, terus habis larian di UM Arena aka kawasan stadium. 

 so mcm biasa lepas habis larian, lepaking dengan member-member yang turut join event ni. Sambil makan pisang dan dengaq emcee bercakap ^_^

ni event last bg tahun ni ... bagi bulan ni di tahun ni ... ada lagi 2 event last for 2016.