Thursday, December 27, 2012

Pulut Kuning ..




 Pulut kunyit merupakan sejenis makanan tradisi  yang hanya dibuat khas untuk sesuatu majlis tertentu seperti ulang tahun kelahiran, kenduri aqiqah, majlis khatam al-Quran, majlis perkahwinan dan sebagainya.  Apa-apa pon Happy Birthday My Dear ^_^.

Report : MalakoffRun 2012

 MalakoffRun 2012 ... cerita dah basi ni ... berlangsung pada 16 Disember di tempat lain tak lain dan tak asing lagi ... di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara ... macam last year juga boleh dikatakan ini event terakhir buat kebanyakkan runners ... but not for me .... still got one to go ... run chicken run ^_^ 
 2 kategori mcm last year jugak 7KM & 12KM .... 12KM tu 2 loops la dan 2 kali pusing bukit la ... tahun ni punya kaler thema .... PINK ... wow cantik ... tenrang benderang dengan pink ... last year hijau .... boleh nampak pink di mana-mana ...
 macam last year jugak merempit ke tempat kejadian .... kalau merempit ni boleh parking kat dalam ... kalau naik kereta jangan harap la ... kereta hanya untuk club members saja ... pukul 6.30 pagi baru sampai Bukit Kiara .. tengok sepanjang jalan nak ke INTAN dan penuh dengan kereta ... ni bestnya merempit ni 
 macam biasa event ni collaboration antara Malakoff dengan Pacesetters ... tiada sebarang major incident ... ada dengaq kata ayaq tak cukup ... rasanya yang belakang-belakang kot ... yang lain-lain tu semua okay saja ... ada dessert lagi masa habis lari ...  start memang on time ... kalau dari pusat eques pelari dilepaskan menghala ke Pusat Sains/Security Commission ... di sini la menanti bukit kecik .. kalau tak berwaspada memang pancit la .. run ni memang agak berbukit bukau la ... bagi 12KM punya kategori 2 loops menanti .. 
 kepada semua sukarelawan dan sukarelawati yang bertugas tahniah diucapkan ... walau ada jugak runner dok memarah kat volunteer ... rasanya incident ni masa kat KM7 ... ada sorang runner sudah silap jalan .... kalau ikut memang tak boleh silap la ... macam mana dia sorang boleh silap berlari melawan arus .. sorang diri pulak tu .. lepas tu nak marah-marah kat volunteer ... kena tengok logic la ... semua orang reramai berlari  ke utara kalau kita sorang menghala ke selatan .. silap la tu ... apa-apa pon chill bro
see U next year pulak .... apa kaler pulak tahun depan ... O ya ... malakoff run version Padang Kota dah open for registration .... March 2013 . cepat sambaq sebelum habis.

Monday, December 24, 2012

Report : 3rd Putrajaya International 12 Hour Walk

 asyik-asyik berlari je ... kita tukaq event pulak ... masuk event jalan kaki pulak ... 3rd Putrajaya International 12 Hour Walk ... event ni ada banyak tempat START .. berlainan tempat setiap tahun .. last year diadakan di Melaka .... 3rd tu maknanya 3 kali penganjuran dah di Putrajaya ni ... di Melaka baru 2 kali ... satu lagi tempat di Pulau Mutiara sana ...  
 tahun ni kali kedua join event walk ni .. last year buat kat Melaka .... boleh bermalam kat hotel yang dekat dengan tempat event ... yang paling dekat Aldy Hotel ... sebelah saja ... ada terpikiaq jugak tahun ni buat kat Putrajaya ... nak tidoq kat mana ni ... sebenaqnya tak mau tidoq pon tak pa ... ni event 12 Hour Walk hokeh .. tapi bagi yang tak pro bagi kebanyakkan macam kami ni .. kena la rest jugak ... tak larat woo mau jalan terus menerus 12 jam non-stop ... 
 untuk itu ramai yang bawak khemah ... penuh la dengan khemah masing-masing bermacam jenis sekitar Istana Kehakiman ... khemah la alternatif paling mudah .. mana nak cari hotel area Putrajaya ni ... Pullman jauh sangat ... 
 tepat jam 8 malam event ni START ... dan akan FINISH 8 pagi esok nya .. maknanya start 8 pm 8 Disember 2012 habisnya 8am 9 Disember 2012 ... mau ta mau 12 jam saja ... event tahun berbeza dengan last year di Melaka ... satunya ramai yang join ... kalau di Melaka bila dah start kita dah tak nampak walkers yang lain sebab block dengan bangunan .. di Putrajaya ni pusing la berapa kali pon masih nampak walkers yang lain sebab tak dak benda yang nak block ... part tu yang happening sikit kat Putrajaya ... yang bawak supporter pon ada ...
 berbezanya event ni daripada lari ... mental .. mental .. MENTAL .... maunya tak pusing di tempat yang sama selama 12 jam ... satu pusingan 1 KM saja ... bagi kategori lelaki kena pusing 34 kali @ 34 KM baru layak dapat finisher medal ... kategori che kak pulak 28 pusingan saja @ 28 KM  ... tapi kalau nak buat lebih tu ikut kemampuan la .... ada 2 kategori utama dipertandingkan ... pusingan terbanyak dalam 12 jam dan walkers terpantas dalam 50 KM ... 
 dalam 12 jam tu kalau asyik berjalan saja penat la jugak ... bagi yang tak pro ni ... my strategy is simple dimple ... jalan sampai mengantok ..pastu berenti rehat aka tidoq ... berjalan sampai pukul 2 pagi lepas tu kasi rehat dalam khemah zzzzzzzzzz zzz ... dalam event ni ada disediakan makan ... first serving pukul 11.00 pm .... sebab ramai orang tahun ni .... terpaksa la beratoq panjang nak ambik makanan ... sepatutnya organiser kena la buat something supaya walkers semua tak perlu beratuq lama nak ambik makanan 
tahun ni punya champion jatuh kepada Christer Anders Axel Svensso dari Sweden dengan pusingan sebanyak 105 (satu lap DQ) bagi kategori MALE .... kategori FEMALEnya pulak diungguli oleh Norliana Mohd Rusni dari Malaysia dengan 92 laps  ...  ni memang champion la ... kaki besi belaka ni ... tahniah juga untuk walkers yang lain yang berjaya berperang dengan mental nak habiskan event ni ... cuma satu lagi pesanan penaja ... medal bagi la kreatif sikit .... sama saja macam last year ^_^